Senin, 20 Januari 2014

Keajaiban Dunia Matematik di Petrosains!



Tema program berasaskan matematik telah dipilih bagi bulan April hingga Jun 2013 dan dikenali sebagai 'Magical Math'. Tema ini diraikan di Petrosains KLCC, Petrosains Dinotrek dan juga di ketiga-tiga  Playsmart kami iaitu Playsmart Johor Bahru, Playsmart Kuantan dan Playsmart Kota Kinabalu.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Di antaranya adalah seperti Binary Games, Match Trick, aktiviti yang berasaskan teori Teorem Pithagorastangram dan lain-lain lagi. Selain itu, slot untuk pertujukan sains turut dimuatkan dengan pertunjukan bertemakan matematik seperi 'Mathematica'.
Match Trick

Selain itu, Petrosains juga menganjurkan usaha sama bersama filem 'Monsters University' di mana para pengunjung berpeluang menyertai peraduan mengira bilangan monsters yang dipamerkan di dalam sebuah bekas kaca yang diletakkan di lobi Petrosains.

Selari dengan tema matematik ini, Petrosains juga menganjurkan satu pertandingan yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah tahun 4 dan 5 iaitu 'Congak'. Kemeriahan mempelajari Matematik ini turut bertambah dengan Karnival Matematik  yang diadakan di Playsmart. Secara amnya, program ini mengasah kecekapan minda menerusi penggunaan konsep matematik seperti mengira, operasi dalam matematik dan nombor dalam pelbagai soalan berbentuk kuiz. Karnival matematik  mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana peratusan besar daripada pengunjung yang hadir adalah terdiri dari golongan keluarga.

Secara keseluruhannya, keajaiban matematik di Petrosains tentunya mampu  menjadikan mempelajari matematik ini suatu yang mudah dan menyeronokkan!





Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains






Tidak ada komentar:

Posting Komentar